Rabu, 14 September 2016

(F04) Syiah tidak Islam (al-Islam) sebab itu namaNya Syiah (Syaie), tapi masih berAgama Tauhid (ad-deen) selama mana tidak Murtad...

Datuk-Dr-Wan-Salim-Wan-Mohd-Noor Syiah tetap Islam, kata mufti Pulau Pinang

Apakah masih bercampur fahamanNya antara SYIRIK (yusyrik : tusyrik billaahi) terhadap hak-hak mutlak (zat) Allah, gugur dari Islam (al-Islam - i'ttiqad uluhiyyah) dengan Murtad (yartadda : yartadid mingkum undeeneh) berpaling tadah dari tauhidkan (zat) Allah wajib wujud hanya satu - Ahadun, Wahidun : tidak berbilang-bilang tauhid (pluralisme) : tidak kesamarataan tauhid (libralisme) > Mulhid : Atheis (komunisme)


PETALING JAYA: Aliran Syiah tetap sebahagian daripada Islam walaupun mempunyai perbezaan besar dengan aliran Sunnah, kata Mufti Pulau Pinang Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.
"Walaupun Syiah memiliki perbezaan agak jauh, selagi cara mereka sembahyang dan menghadap kiblat sama dengan kita, mereka sebahagian daripada kita.
"Kita tidak boleh kafirkan mereka. Hadis Rasulullah pun ada sebut," katanya ketika dihubungi FMT.

Beliau merujuk hadis dari sahabat Nabi, Anas bin Malik, seperti diriwayatkan dalam kumpulan hadis Sahih Bukhari: "Rasulullah bersabda, barangsiapa solat seperti kita, menghadap kiblat seperti kita, dan memakan haiwan sembelihan seperti kita, maka dialah orang Muslim yang berada di bawah perlindungan Allah dan Rasul-Nya".
Pandangan mufti itu berbeza daripada pendirian pihak berkuasa agama di Malaysia yang menganggap Syiah menyimpang daripada Islam.
Malah, Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1996 menyatakan Syiah sebagai ajaran "sesat" dan tidak boleh diamalkan.

Wan Salim diminta mengulas masalah perbezaan fahaman di kalangan umat Islam yang turut mencorak pergolakan di Timur Tengah pada masa ini.
Minggu lalu, Islamic Rennaisance Front (IRF) menganjurkan seminar "Islam tanpa Sektarianisme" yang juga membincangkan persoalan yang sama.

Kita sibuk dengan pembahagian
Mengikut Wan Salim, sikap taksub dan amalan "takfiri" (mengkafirkan umat Islam yang berbeza pandangan) oleh pihak tertentu menyebabkan berlakunya pembunuhan sesama umat Islam.
Katanya lagi, sikap saling mengkafirkan atas perbezaan mazhab itu hanya bermanfaat kepada pihak yang mahu mengaut keuntungan daripada perpecahan umat Islam.
"Kita tidak boleh dengan mudah mengkafirkan sesama Islam. Itu hanya menguntungkan pihak yang memusuhi Islam. Mereka tidak mengira sama ada anda Sunni, Syiah atau Wahabi," katanya merujuk salah satu aliran yang menjadi ikutan rasmi di Arab Saudi.
"Kita sahaja yang sibuk dengan pembahagian sebegini."

Sebelum ini, ahli jawatankuasa Pemuda Umno, Datuk Fathul Bari Mat Jahya, yang menjadi rujukan utama Umno dalam soal Islam, menyeru pihak berkuasa memerangi pengikut Syiah dengan menuduh mereka sama bahaya dengan militan IS.
Ia bagaimanapun mengundang kritikan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Ahmad, yang berkata perbandingan itu tidak sesuai.

Aliran Syiah merupakan mazhab Islam kedua terbesar dengan pengikutnya tertumpu di Iran, Iraq, Bahrain, beberapa bahagian Arab Saudi dan negara teluk lain.
Ia berbeza pandangan dengan aliran Sunnah mengenai rujukan serta beberapa tokoh awal sejarah Islam.

Pengikut Syiah juga kerap menjadi sasaran keganasan pejuang IS, kumpulan militan yang mengamalkan fahaman Wahabi berasal dari Semenanjung Arab.
Malaysia merupakan satu-satunya negara di mana pihak berkuasa agama secara rasmi mengharamkan umat Islam berfahaman Syiah.
///

(F93*) PAS GOLONGAN MANUSIA DIMURKAI ALLAH.

KECELAKAAN BESAR BAGI PAS DIDUNIA & AKHIRAT -  " berkata-kata terhadap zat Allah dengan tidak benar dan merampas, mendahului, s...