Rabu, 28 Disember 2016

(F) 3 TANDA TAKSUB KEPADA SESAORANG : PERTUBOHAN : JAMA'AH - GOLONGAN SYIRIK !!!


Syaikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi hafizahullah menyenaraikan tiga tanda taksub seseorang kepada sesuatu kumpulan atau jemaahnya:

1️. Seseorang itu hanya menyebut kelebihan dan kebaikan kumpulannya sahaja sementara untuk kumpulan lain, hanya disebut keburukan dan kecacatan. Dalam masa yang sama, mengagungkan tokoh-tokoh kumpulannya sekalipun terdapat kesilapan dan memandang rendah tokoh lain sekalipun terdapat ketinggian ilmu & amal.

2️.Berasa gembira dengan kesilapan orang lain dan memukul gendang mencanangkan kesilapan dan keburukan orang lain. Dalam masa yang sama, membutakan mata terhadap kesalahan kumpulannya dan cuba mencari alasan untuk mempertahankan kesalahan itu.

3️.Berlebih-lebihan dalam mempertahankan organisasi kumpulan atau jemaah sendiri seolah-olah ia perkara ta'abbudi. Sehinggakan dikorbankan maslahat dakwah Islam dan umatnya supaya organisasi kumpulannya lebih terjaga.
4. al-Qaradhawi juga mengingatkan kumpulan atau jemaah hanyalah wasilah/alat dan bukannya berhala yang disembah.

5. Beliau juga menyeru agar menjauhi sikap taksub dan berakhlak dalam menghadapi hal ini antaranya seperti melihat kandungan ungkapan bukan pengungkapnya, berani mengkritik diri sendiri, mengakui kesilapan, mengalu-alukan kritikan orang lain, meminta nasihat dan penilaian serta mengambil faedah, dan mempertahankan kebenaran sama ada kawan atau lawan.
وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَىٰ تَنْفَعُ الْمُؤْمِنِينَ
"Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman." (Adz-Dzaariyaat 51:55) 


📗 Rujukan:(Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam salah satu daripada sekian banyak karyanya yang bermanfaat, iaitu as-Sahwah al-Islamiyyah Bayna al-Ikhtilaf al-Masyru' wa at-Tafarruq al-Mazmum). Via Nik Thaqif
///

Tiada ulasan:

GUNA AGAMA SEBAGAI WADAH POLITIK MEMANG BINASAKAN UMAT DAN BINASAKAN AGAMA.

Sabda Nabi saw.. ﻭَﻳْﻞٌ ِﻷُﻣَّﺘِﻲْ ﻣِﻦْ ﻋُﻠَﻤَﺎﺀِ ﺍﻟﺴُّﻮْﺀِ ﻳَِﺘَّﺨِﺬُﻭْﻥَ ﻫَﺬَﺍ ﺍﻟْﻌِﻠْﻢَ ﺗِﺠَﺎﺭَﺓً ﻳَﺒِﻴْﻌُﻮْﻧَﻬَﺎ ﻣِﻦْ ﺃُﻣَﺮَﺍﺀِ ﺯَﻣ...